Sunday 4 August 2013

Kemaafan UntukMu dan UntukKu


Aku hanya insan biasa, tidak lekang daripada melakukan kesilapan
 pada insan lain di dunia ini....
Aku hanya hamba yang hina, sentiasa leka untuk menundukkan diri 
pada yang Maha Esa....
Kini aku merendahkan diri, memohon kemaafan 
kepadamu Ya Allah....
Dan kini aku jua ingin memohon kemaafan pada insan
 yang pernah aku sakiti dan lukai...
MAAFKAN AKU....

Pilihan terletak di tangan anda. Jika anda memilih kebahagiaan, kemaafan adalah sesuatu yang indah sebaliknya jika anda lebih suka berdendam, jiwa anda tidak  kan damai dan sentiasa sesak seolah-olah ada yang menusuk di dada.

Di dalam al-Quran, terdapat begitu banyak ayat-ayat tentang sifat yang mulia ini. Antaranya ialah:  mendapat keampunan daripada Allah SWT. “..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur [24] : 22)  Mendapat redha Allah SWT.

             “...sesiapa yang  memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang  sebaikbaiknya).  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim”. (Asy-Syura [42] : 40)

           Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh (jahil atau tidak mengetahui)(Surah Al- A’raf 7: Ayat 199)

           Nabi s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” [HR Muslim] “Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Aku sekadar ingin berkongsi mengenai "MAAF"... selama ni pun banyak aku simpan dendam dan rasa yang dah berkurun. Rupanya aku dalam golongan yang zalim kerana tidak memaafkan insan lain walhal Allah swt menyuruh untuk memaafkan sesama insan... 

So, jangan lah kita berdendam lagi ye... Semoga kita sentiasa muhasabah diri untuk terus dekat denganNya.... Insyaallah....