Friday 7 February 2014

Percutian ke Ho Chi Minh City, Vietnam

Jom aku ceritakan pengalaman bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam...

     Percutian aku ke vietnam sangat murah di mana aku hanya bayar RM 1250.00 untuk dua orang dengan menggunakan package AirAsia Go akhir tahun 2013.... tapi kalau nak murah kenalah plan 4 bulan sebelum nak bercuti baru boleh dapat package murah. Dalam Package termasuk:

a.  Tiket Penerbangan Pergi dan Balik.
b. Penginapan 3 hari 2 malam.


     Perkara pertama yang aku buat sebelum bercuti adalah buat survey dekat internet berkenaan Ho Chi Minh City, Vietnam...

Mata wang dan contact person di Vietnam

     Gambar di atas adalah antara perkara yang aku search terlebih dahulu agar mudah untuk jadikan rujukan semasa berjalan. Dekat sana matawang boleh pakai Dong, RM dan USD...  Package untuk berjalan pula anda boleh gunakan juga perkhidmatan hotel yang anda menginap... Aku menginap di Huang Hai Long Hotel yang berdekatan dengan Ben Than Market. Tapi kalau ada kesempatan lain kali, aku akan pilih Huang Hai Long 2 Hotel yang sangat dekat dengan pasar tu. Nak makan pun senang sebab makanan halal banyak di jalan berdekatan pasar berkenaan.

Rambang mata tengok baju manik2 kat sana. Sangat Murah.... contohnya baju di bawah ni hanya RM35 sahaja.


     Ho Chi Minh sangat sesuai untuk ahli perniagaan kain sebab kain dekat sana cantik dan murah. Kalau macam aku saja nak makan angin, tak da lah beli banyak sangat... Untuk pengetahuan makanan halal susah nak dapat melainkan di kawasan Ben Than Market tu. So bila susah nak dapat, yang ada agak mahal makanannya. Next time kalau aku diberi kesempatan lagi, aku akan bawa bekal daripada Malaysia... hehe.




      Kalau anda pergi sana, mesti cuba kopi ni k... sedap dan satu cawan RM3. Satu lagi, gunakanlah teksi Vinasun untuk pergerakan anda. Disebabkan dah survey dari awal, aku menaiki teksi Vinasun untuk pergerakan dari Airport ke hotel. Memang murah daripada yang lain...

Ok itu sahaja buat masa ini... sebenarnya banyak lagi tapi cukup dulu setakat ini... Insyaallah aku akan ke Vietnam lagi...BEST!!!

Thursday 6 February 2014

2014...Jom Menulis Semula

Jom jom start balik menulis.....

kenapala rase tak cukup masa memanjang... padahal kite dah diberi 24 jam sehari... but still aku rse mcm tak sempat nak menulis blog ni... sibuk segala hal...

kerja pejabat, kerja rumah, jaga suami,  jaga anak, jaga mama jaga diri sbg pelajar lagi... huhu penuh tanggungjawab yang perlu digalas... apepun tahun 2014 aku aku cuba untuk menggunakan masa sebaik mungkin untuk aku menjalankan tanggungjawabku...

dan yang utama, penulisan blog ni insyaallah akan diteruskan.. yang penting aku sentiasa berdoa agar Allah swt memberi aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini....