Thursday 24 April 2014

Anak Oh Anak....

Anakku adalah anugerah yang sangat berharga bagi aku dan suami.



Esok usianya mencecah 2 tahun. Kini sikap dan perangainya sangat mencabar kewibawaan dan kesabaran mama. Kadang-kadang mama penat dengan perangai dan tingkah laku yang ditonjolkan... sangat memeningkan. Bak kata Dadi.. rumah bagaikan tongkang pecah kalau budak kecil ni ada... hahahaha.... Hebatkan??

Sebagai mama baru aku perlu banyak belajar untuk mendidik anak dan mengawal emosiku. So setelah membuat beberapa research ada beberapa ilmu yang aku dapat dan aku akan cuba aplikasikan pada diri sendiri. Berikut perkembangan yang normal bagi kanak-kanak berusia 2- 3 tahun:

1.  Sangat aktif, suka berlari dan melompat.
2.  Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama.
3.  Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.
4.  Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu.
5.  Suka mengatakan “tidak” dan memang dalam usia ini anak bersikap “menentang”.



Semua perkembangan di atas ada pada anakku. So anakku normal dan hanya mama dia je yang tak normal sebab cepat mengamuk dan marah apabila anak melakukan perkara-perkara seperti di atas. hehe... cara-cara untuk mengawal marah:

1.  Dah lah tak boleh bercakap. So, dengan cara menangis lah mereka cuba berkomunikasi dengan dengan kita.

2.  Anak adalah anugerah daripada Allah buat setiap ibubapa. Setiap apa pendidikan yang kita berikan kepada anak kita, itulah cerminan buat diri kita.

3. Sebaik sahaja anda pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taska, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya

4. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan hati. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingat kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya.

5.  Banyakkan istighfar. Sabar. Jangan ikutkan perasaan marah.

So lepas ni mama kene banyak bersabar lah jawabnya.. kepada mama baru macam aku ni gunakanlah tips-tips di atas untuk mengawal kemarahan kepada anak-anak yer.. insyaallah...