Aku da cuba bersabar dan aku yakin dugaan yang datang bertubi2 ni ada hikmah disebaliknya. Tonight i really feel down, dissapointed and frustrated... what should i do??? I try to solve it in a right way, tapi tak berhasil...
what u want me to do?...
i have no one to share with and i know only Allah swt can help me... Ya Allah swt, terangkan perkara yang gelap, jelaskan perkara yang samar dan nyatakanlah perkara sebenar agar aku lebih tabah untuk mengharungi cabaran dan dugaanmu...Thanks Allah because give me a very strong instint that maybe other people wont get it...
Andai ini takdirku, aku terima....
Wednesday, 12 November 2014
Friday, 31 October 2014
Ikan Patin Tempoyak di Kuala Lumpur
Pernah dengar tak Restoran Samudra Exotic di Kg Baru?
Haaaa...ada yang pernah dengar dan ada yang tak... tempoyak ikan patin adalah masakan utama di restoran tu. Bos restoran tu adalah anak jati Pahang dan kawan kepada my hb.... tukang masak pula kakak kepada bos berkenaan. Masakannya memang sedap dan selain ikan patin, restoran ini juga menjual udang galah dan ikan-ikan sungai yang lain seperti baung, kerai, gerahak, talapia dan macam-macam lagi. Suasana restoran sangat selesa di mana ianya ber air-cond dan bersih seperti gambar di bawah:
Harga... pada pendapat saya harga makanan di kedai ini bersesuaian dengan suasana restoran tu yang agak exclusive. Bagi yang bajet bab-bab makan ni, tengok harga pada menu dahulu sebelum buat tempahan. Macam saya, minat makan ikan patin buah...so memang harga akan lebih tinggi dari ikan lain. Kalau ada yang nak buat makan-makan syarikat ke, jamuan ke pon boleh sebab restoran ni ada bilik-bilik khas untuk jamuan. Ni alamat restoran berkenaan:
61, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-2693 4526
Kalau tak sesuai dengan selera anda, boleh jalan-jalan cari makan di kedai lain...Selamat Mencuba!!
Thursday, 30 October 2014
Memujuk Hati
Allah swt Maha Agong, Maha Besar dan Maha Berkuasa
Hati seseorang amat mudah untuk dilukai...tetapi bagaimana untuk mengubati luka yang kita sendiri tak nampak dgn mata kasar.. ???
Tips untuk memujuk atau bahasa lain nya meredakan kesakitan itu adalah dengan bersujud pada yang Maha Esa mohon agar diberi ketenangan dan kekuatan untuk kita hamba yang lemah ini memaafkan orang yang telah menyakiti kita. Setiap manusia melakukan kesilapan...dan ingat kita juga ada kelemahan yang kita tidak sedari.
Betul kata orang bukan senang untuk mengubati hati yang tercalar... walaupun telah memaafkan, lukanya pasti ada. Luka itu lah yang Allah swt berikan untuk hambanya menjadi lebih kuat dan sabar dalam ape jua kesulitan yang dihadapi. Biarkan saja luka itu, teruskan kehidupan seperti biasa walaupun kadangkala peristiwa yang menyakitkan hati kita akan menghantui kita...
Back to basic....ingat Allah swt....insyaallah hati kita akan kembali tenang. Tempat mengadu sebenarnya bukan kepada kekasih, kawan atau sesiapa..tetapi tempat mengadu adalah kepada Allah swt..

Thursday, 18 September 2014
Percutian ke Abu Dhabi
Meh aku nk cerita sedikit perjalanan atau percutian ke Abu Dhabi, mana tau boleh bantu u olls serba sedikit sebelum berangkat ke sana.
Abu Dhabi sebuah negeri yang sangat maju, bangunan yang unik, bersih dan indah serta merupakan ibu kota di Uni Emirat Arab... yang dapat aku perhatikan adalah penduduk tempatan adalah kaum yang minoriti berbanding pendatang. So, jangan terkejut kalau sampai di sana semua pekerja dari tukang angkat beg kat airport, pemandu teksi, peniaga di kedai-kedai, yang jalan-jalan adalah berbangsa selain dari arab. Kebanyakannya daripada Bangladesh, India, Filipina dan Nepal. Orang tempatan majoriti bekerja sebagai pemerintah, penguatkuasa dan BOS-BOS.
Untuk ke Abu Dhabi boleh naik Emirates Airline yang akan transit di Dubai sebelum sampai ke Abu Dhabi. Kalau nak flight direct, naik lah Etihad Airways dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam sahaja. Kalau yang mementingkan budget, naik je Emirates sebab harga ticket flight murah sikit dan perjalanan dalam 11 jam termasuk transit.
Mata wang pula, RM ditukar kepada Dirham AED.. berapa ringgit kene check currency sekarang. Duit dia lebih kurang duit kita jer.. tak beza sangat. Yang berbeza adalah barang di sana harganya agak mahal. Contoh average harga hotel lebih kurang RM300 semalam ... nak dapat kurang daripada harga tu agak susah.
ada tempat menarik tak?
Sheikh Zayed Grand Mosque
Tempat yang harus pergi bila di sana adalah Masjid Sheikh Zayed. Masjid yang sangat menarik, besar dan penuh dengan ukiran-ukiran unik.
Ferrari World
Taman Tema Terbesar dengan keluasan 2,200,000 kaki persegi dan mempunyai 20 tempat menarik yang kesemuanya diinspirasikan daripada Ferrari dan juga menyaksikan koleksi lebih daripada 30 buah kereta klasik dan kontemporasi sepanjang zaman Ferrari.
Emirates National Auto Museum
Musium ini agak jauh daripada bandar, tetapi tak rugi kalau dapat pergi. Muzium ini mempunyai koleksi kenderaan yang unik dan rekaannya lebih besar daripada manusia. Contoh rekaan yang unik kereta macam cerita transformer tu dan kereta bentuk bulat.

This is just my opinion k,,
Kalau ada banyak duit barulah u olls plan untuk bercuti di sana kerana Abu Dhabi merupakan negeri yang mewah dan mempunyai penduduk yang kaya raya. New place, new environment, new culture.......Setakat ini sahaja penceritaan tentang percutian di Abu Dhabi.
Wednesday, 11 June 2014
Popia Nestum Madam 'J' for Gawai Day
Kali ni aku nak cerita tentang popia nestum Madam 'J'. Baru-baru ni aku berjaya siapkan untuk hari gawai yang lepas. Walaupun sibuk bergelar isteri, ibu, anak, pekerja dan pelajar, minat untuk membuat popia nestum ni tetap dapat dilaksanakan. Pada asalnya buat untuk makan sendiri, tetapi tahun lepas masa bulan ramadhan dah jadi peniaga kecil-kecilan. Walaupun buat sendiri, tahun lepas aku berjaya siapkan tempahan lebih kurang 50 balang dan mungkin tahun ni ianya semakin banyak tempahan. Alhamdulillah...
Harga tak mahal seperti orang lain jual dan tak murah seperti beli berkilo2 yang kedai buat... This is home made and made by one person only... but once u taste it, im sure u want to eat again and again. wah macam promote pula... Tapi kalau u all nak try untuk raya ni boleh pm kat fb i sebelum ramadhan menjelma.
Friday, 16 May 2014
Tapi Percayalah Aku Tetap Dekat
DEWI CINTA - ADIRA
Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan
Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersama ku
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Ohh… ohhh
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diri ku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangi mu
Emmm hari ini da 40 kali rasenye duk dengar lagu ni... Memang best dan sangat menyentuh jiwa. Sebagai seorang wanita normal adalah mudah untuk kita terasa dan terguris apabila pasangan kita tidak percaya pada kita sedangkan kita cuba untuk jadi yang terbaik padanya.
Wanita juga manusia biasa tidak lekang untuk melakukan kesilapan. Buat Kaum ADAM yang diberi kuasa dalam sesuatu hubungan, janganlah jadikan kesilapan yang kecil sebagai punca amukan dan perpisahan dalam hubungan. Mohon lah pada Allah swt yang Maha Esa dan Maha Mengetahui untuk memberi petunjuk dan keredhaan dalam hubungan tersebut.
Buat Kaum Adam Dan Hawa,
Yakinkanlah pasangan anda seperti lirik di atas. Walau jauh, aku tetap dekat.... Hubungan jarak jauh bukan mudah untuk dikekalkan andai tiada kepercayaan pada pasangan masing2. Mohon maaflah pada pasangan anda sekiranya anda telah melakukan kesilapan, usahalah untuk mengembalikan kepercayaan pasangan, tundukkan diri pada Maha Berkuasa, dan selebihnya berserah pada Nya......
Thursday, 24 April 2014
Anak Oh Anak....
Anakku adalah anugerah yang sangat berharga bagi aku dan suami.
Esok usianya mencecah 2 tahun. Kini sikap dan perangainya sangat mencabar kewibawaan dan kesabaran mama. Kadang-kadang mama penat dengan perangai dan tingkah laku yang ditonjolkan... sangat memeningkan. Bak kata Dadi.. rumah bagaikan tongkang pecah kalau budak kecil ni ada... hahahaha.... Hebatkan??
Sebagai mama baru aku perlu banyak belajar untuk mendidik anak dan mengawal emosiku. So setelah membuat beberapa research ada beberapa ilmu yang aku dapat dan aku akan cuba aplikasikan pada diri sendiri. Berikut perkembangan yang normal bagi kanak-kanak berusia 2- 3 tahun:
1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama.
3. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.
4. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu.
5. Suka mengatakan “tidak” dan memang dalam usia ini anak bersikap “menentang”.
Semua perkembangan di atas ada pada anakku. So anakku normal dan hanya mama dia je yang tak normal sebab cepat mengamuk dan marah apabila anak melakukan perkara-perkara seperti di atas. hehe... cara-cara untuk mengawal marah:
1. Dah lah tak boleh bercakap. So, dengan cara menangis lah mereka cuba berkomunikasi dengan dengan kita.
2. Anak adalah anugerah daripada Allah buat setiap ibubapa. Setiap apa pendidikan yang kita berikan kepada anak kita, itulah cerminan buat diri kita.
3. Sebaik sahaja anda pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taska, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya
4. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan hati. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingat kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya.
5. Banyakkan istighfar. Sabar. Jangan ikutkan perasaan marah.
So lepas ni mama kene banyak bersabar lah jawabnya.. kepada mama baru macam aku ni gunakanlah tips-tips di atas untuk mengawal kemarahan kepada anak-anak yer.. insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)