Thursday 20 March 2014

NAk Turunkan Berat Badan!!! Part 1

Wanita paling sensitif kalau ada ayat2 seperti berikut:
" kenapa nampak berisi ek?"
" mesti senang hatikan skarang sebb nampak bdn makin sehat"
" u kenapa gemuk sgt skrg? " (soalan paling mangkuk)

dan soalan2 yang sewaktu dgn nya la kan.. so aku bercadang untuk turunkan sedikit berat bdn ni,.. dulu pernah cuba tak mkn nasi sebulan... masuk hospital terus beb sebb gastrik da teruk.... hahaha my false....

kali ni dah insaf la, tak mau diet mcm tu... pernah cuba shape plus... ada penurunan dan senang membuang.... tp sebulan 1 1/2 kg je trun.. dah la harga RM370 sebulan....parah gak la. after 3 month, dah tak mau beli..

pernah juga minum teh org kampung.... peehhhhh!!! kerja aku ke bilik air utk melabur amanah saham.. memulas2 perut... tp bertahan 2 minggu je kot.. tak larat dibuatnya...

sekarang tengah mencuba satu lagi produk... so tunggu next entry k..harap2 berkesan la kali ni....

Monday 10 March 2014

Tempoh Mesyuarat Yang Berkesan



Kali ni adalah topik yang aku sendiri rasa bosan. Tetapi disebabkan aku selalu sangat terlibat dengan pelbagai mesyuarat, so aku bersemangat nak luahkan dan maklumkan bahawasanya tempoh mesyuarat yang terlalu lama amatlah membosankan....

Tempoh masa sesuatu mesyuarat yang efektif seharusnya tidak melebihi tempoh dua (2) jam. Kalau lebih 2 jam apa akan jadi??? Meh aku nak bagitau apa akan terjadi:

1.    Sebilangan besar ahli mesyuarat akan hilang fokus dan tumpuan.
2.    Tiada idea yang bernas akan keluar kerana semua dah mula sakit pinggang, mengantuk, lapar dll.
3.    Hanya pengerusi je yang akan syok sendiri bercakap sorang-sorang.
4.    Tengok jam tangan lebih dari 10 kali.
5.    Hati ahli mesyuarat mula membakar.
 
Apa jadi kalau hati dah membakar? Dan apa pula akan jadi kalau mesyuarat sudah melebihi 5 jam??
6.    Tengok pengerusi mesyuarat boleh tembus ke dinding sebab geram punya pasal.
7.    Mula la ambil peluang untuk pergi kantin dulu makan walaupun mesyuarat sedang berlangsung.
8.    Tidur je la dalam mesyuarat tu.
9.    Tonton movie lagi bagus.
10.   Ada ahli mesyuarat mula keluar dari dewan mesyuarat. Kononnya terpaksa tinggalkan mesyuarat atas kerja penting di pejabat.


Akhirnya tinggal la sekretariat mesyuarat je dalam bilik tu. hahaha.. So kepada sesiapa yang akan mempengerusikan sesuatu mesyuarat, ambil lah iktibar dan pahamilah perasaan ahli mesyuarat yang hadir. Jangan syok sendiri ye. Perhatikan lah orang disekeliling anda betapa panas punggungnya mereka apabila mesyuarat tersebut telah melebihi daripada waktunya.....Sekian, untuk panduan semua....