Monday 10 March 2014

Tempoh Mesyuarat Yang Berkesan



Kali ni adalah topik yang aku sendiri rasa bosan. Tetapi disebabkan aku selalu sangat terlibat dengan pelbagai mesyuarat, so aku bersemangat nak luahkan dan maklumkan bahawasanya tempoh mesyuarat yang terlalu lama amatlah membosankan....

Tempoh masa sesuatu mesyuarat yang efektif seharusnya tidak melebihi tempoh dua (2) jam. Kalau lebih 2 jam apa akan jadi??? Meh aku nak bagitau apa akan terjadi:

1.    Sebilangan besar ahli mesyuarat akan hilang fokus dan tumpuan.
2.    Tiada idea yang bernas akan keluar kerana semua dah mula sakit pinggang, mengantuk, lapar dll.
3.    Hanya pengerusi je yang akan syok sendiri bercakap sorang-sorang.
4.    Tengok jam tangan lebih dari 10 kali.
5.    Hati ahli mesyuarat mula membakar.
 
Apa jadi kalau hati dah membakar? Dan apa pula akan jadi kalau mesyuarat sudah melebihi 5 jam??
6.    Tengok pengerusi mesyuarat boleh tembus ke dinding sebab geram punya pasal.
7.    Mula la ambil peluang untuk pergi kantin dulu makan walaupun mesyuarat sedang berlangsung.
8.    Tidur je la dalam mesyuarat tu.
9.    Tonton movie lagi bagus.
10.   Ada ahli mesyuarat mula keluar dari dewan mesyuarat. Kononnya terpaksa tinggalkan mesyuarat atas kerja penting di pejabat.


Akhirnya tinggal la sekretariat mesyuarat je dalam bilik tu. hahaha.. So kepada sesiapa yang akan mempengerusikan sesuatu mesyuarat, ambil lah iktibar dan pahamilah perasaan ahli mesyuarat yang hadir. Jangan syok sendiri ye. Perhatikan lah orang disekeliling anda betapa panas punggungnya mereka apabila mesyuarat tersebut telah melebihi daripada waktunya.....Sekian, untuk panduan semua....



1 comment:

  1. Hhuhu..terbaik laa ayg. Tp abg ni semgu sekali meeting lebih dr 10 jam. Meeting kul 8am habis kul 8 am keesokkan harinya...
    Tahan mental jer laa....

    ReplyDelete