Tuesday 8 December 2015

Trimester Ketiga Ibu Hamil

Assalamualaikum wbt... kali ni nak cerita berkaitan posisi tidur dan kaedah kurangkan sakit pinggang semasa Trimester Ketiga bagi Ibu-Ibu Mengandung.... Masuk je Trimester Ketiga bagi ibu-ibu mengandung pasti akan merasa sakit-sakit badan. Kalau yang steady je tu, memang aku respect laa... 

Perkara yang paling mencabar bagi aku untuk trimester ketiga ni adalah susah tidur dan sakit pinggang yang teramat. Pelbagai posisi dah dicuba untuk tidur, tapi tetap terganggu... pusing kanan tak kene, pusing kiri tak kene, telentang lagi la sesak nafas. So bila tanye Encik Google, ramai yang beri cadangan tidur posisi macam ni:

1. Mengiring dengan bantal letak bawah perut dan bawah kaki atau

2. Tidur separuh duduk atau
3. Tidur dengan bantuan bantal ibu mengandung (Tak pernah tahupun ada bantal gini)


Macam best jer dapat bantal macam tu, Kalau tahu awal memang dah beli la, tapi ni duk menunggu hari je nak bersalin. So kene cuba cara pertama dan kedua tu. Moga-moga nyenyak lah tidurku. 

Next, berkaitan sakit pinggang ni. Aku perasan kalau nak kurangkan sakit pinggang ni jangan duduk terlalu lama atau jangan berdiri terlalu lama. Tapi kalau yang bekerja ni, ari-ari mengadap jem balik kerja, then mengadap  komputer sampai lupa nak bangun memang akan terasa sakit yang teramat. Dan ditambah dengan dukung anak yang 1st turun naik tangga... Pergghhh nak tercabut pinggang. Nasib la ada orang tersayang yang tolong buh minyak angin kat belakang. Cara yang aku apply untuk kurangkan sakit tu adalah:

1. Duduk dikerusi dengan tegak selari dengan bahu dan punggung, jangan sandar je kalau tak lagi sakit.
2. Kerap minum air masak waktu kerja so tak kan lupa untuk bangun berjalan pergi toilet. 
3. No more travel jauh-jauh. Kene minta maaf awal-awal kat hb dan family sebab tak dapat nak ikut kalau pergi jejalan time-time sekarang ni.
4. Kalau berdiri lama sangat, cari la tempat duduk rest sekejap.

Tapi lain orang lain dugaannya kan. Dugaan aku benda-benda ni la, so sape yang sama macam aku boleh cuba kaedah-kaedah di atas. Okey stakat ni je info yang dapat dikumpulkan harini untuk di apply pada diri sendiri dan mungkin pada diri anda. Daaa~~~

Monday 9 November 2015

UiTM Shah Alam atau UTM Semarak?

Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Entri kali ni berkaitan pemilihan U bagi part time student. Memandangkan ramai yang minta pandangan berkaitan pemilihan Universiti bagi part time student yang nak ambik program Master, so aku share la sikit kat sini berdasarkan pengalaman yang tak seberapa as UiTM Shah Alam student dan pengalaman sahabat-sahabat yang blajar di UTM Semarak.

UiTM Shah Alam

UTM Jalan Semarak

1.  Perkara pertama, tanya diri sendiri apa faktor yang paling penting dalam pemilihan universiti yang korang nak. Setiap orang mempunyai faktor pemilihan yang berbeza. Contohnya budget, course yang korang minat, jarak dari rumah dan banyak lagi.

2.  Kemudian, perkara paling penting adalah timetable class. Ada course yang kelas selepas waktu kerja dan ada yang buat weekend. Contoh situasi, kalau tempat kerja di Padang Tembak, class jam 6 petang hari kerja di Shah Alam, so mampu ke nak berkejaran? so tnya diri sendiri.. kalau tak mampu, better dont...

3.  Bagi yang mendapat tajaan JPA, budget bukan masalah yang besar. Tapi bagi yang membiayai sendiri, kos yuran semester sangat penting. Yuran semester UiTM jauh lebih murah berbanding dengan UTM sebab UiTM membantu anak-anak bumiputera. Dulu aku memilih UiTM sebab nak bayar sendiri dan kelasnya hari weekend. Then masuk semester 2, alhamdulillah dapat tajaan JPA. 

4.  Kalau dari segi assignment, UiTM memang banyak kerja rumah. Rasa nak gila sebab every week ada je kene hantar assignment samada individu atau kumpulan. Time bila nak buat semua tu ek? pandai-pandai korang..nak seribu daya k. UTM banyak group assignment, so aku tengok dan interview member2 aku yang blaja di UTM, dorang tak begitu stress untuk menyiapkan assignment dorang. 

5.  Jarak pun penting. Maknanya kalau jauh tempat belajar, korang akan banyak kali minta cuti.... Contoh haritu masa nak siapkan final project, terpaksa ambik cuti 3, 4 kali sebulan sebab UiTM jauh dengan tempat kerja n rumah aku. Supervisor plak free time hari kerja je, so macam mana nak buat? terpaksalah ambil cuti. Kalau UTM Semarak ni, boleh la lari-lari kejap kan.

Itu je yang mampu aku nak kongsi. Diharapkan entri kali ni dapat membantu korang k. Kalau nak info yang lebih, buat la research sket kat internet. Good Luck untuk korang yang sedang dan akan memulakan zaman belajar semula. Best tau!!!... USAHA, BERKORBAN, DOA, TAWAKAL...Insyaallah berjaya k...daaaaa


Tuesday 22 September 2015

Mencintai Tak Semestinya Memiliki

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Pernah tak dengar ungkapan "Mencintai Tak Semestinya Memiliki"??? Atau anda juga pernah melalui situasi seperti itu. Kepada yang pernah melalui situasi ini akan lebih memahami ungkapan tersebut. Coretan ini hanya sekadar pendapat dan perkongsian.



Adik-adik, kakak-kakak, acik-acik... masa bercinta kita akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pasangan kan... kalau keluar dating minyak wangi nah sebotol, pastu gelak pun sopan santun, nak marah ke nak merajuk ke pk lah banyak kali...takut kene tinggal. kita akan cuba dapatkan kepercayaan, kesetiaan dan perhatian si pasangan sehingga kita tunduk pada pasangan kita dan sampai satu tahap kita tidak menghiraukan nasihat orang lain... 

Tahukah anda, kita sebenarnya sedang menghancurkan hati dan perasaan kita sendiri semasa kita sedang asyik mengagungkan pasangan kita??? kita terlalu yakin bahawa kita akan memilikinya sepanjang hidup...walhal kita lupa siapa kita sebenarnya. Kita hanya makhluk kerdil pinjaman Allah swt di muka bumi ini...


Tidak salah bercinta kerana perasaan cinta tidak boleh dijual beli.. ianya lahir sendiri dan kadangkala perasaan itu tidak akan hilang walaupun kita tidak bersama insan tersebut. Tetapi ingat, jangan terlalu ikut perasaan, kawallah diri selagi kita mampu mengawal, rasional kan diri selagi kita mampu berfikir dan terimalah siapa sahaja jodoh yang telah ditakdirkan untuk kita.  Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui. Usah sesekali menyalahkan takdir atau sesiapa sekiranya cinta itu bukan milik kita..

Hahahaha.. dah macam doktor cinta plak yer... as i said ini sekadar coretan. Untuk sesiapa yang tak pernah dilukai, tak payah la nak rasa...memang perit tetapi perasaan macam ni lah yang menjadikan seseorang tu lebih matang. Orait...Adiossss!!!!!!

Tuesday 25 August 2015

Tips Berhadapan Dengan Si Panas Baran

Entri kali ni berkaitan dengan tips untuk berhadapan dengan si panas baran. Pernah tak anda mempunyai sahabat atau majikan atau pasangan atau sesiapa yang sentiasa menimbulkan suasana yang tidak nyaman dengan sikap panas barannya?!? Mesti ada kan...saya juga pernah berhadapan dengan si panas baran. Kalau bercakap, dia je betul, kalau kita tegur sikit mula nak melenting... tapi mereka ni insan biasa, ada juga kelebihan disebalik barannya....

Jadi bagaimana untuk berhadapan dengan insan seperti ni.. jom lihat tips dibawah:

a.  Beri perhatian dengan kata2 mereka dan jika tidak setuju jangan terus dicantas. tunggu keadaan lain yang lebih tenang, barulah pandangan kita disuarakan.. boleh je nak terus bg pendapat, tp suasana akan bertukar jadi tidak harmoni...

b.  Tegurlah kesilapan mereka dengan kata2 manis dahulu..tak rugi apa pun kan..then barulah menasihati mereka dengan lembut. Jangan paksa untuk mereka terima nasihat kita tetapi biarkan mereka sendiri yang menilai teguran yang telah diberikan,

c.  Apabila keadaan telah menjadi tegang, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan malah tenangkan dengan mengiakan apa yang dikata walaupun hakikat dalam hati kita membara sama dengan barannya.

d.  Selain mengiakan, anda juga boleh mengambil tindakan berdiam diri dan selesai perbualan terus beredar meninggalkan mereka si panas baran. Beredar bukan bererti kita tidak menghormatinya, tetapi untuk mengelakkan kita berjangkit menjadi panas seperti mereka.

e.  Berikan mereka waktu bertenang..maybe sejam, sehari, atau seminggu.. kemudian barulah kita nyatakan pendapat yang mungkin bertentangan dengan mereka.

Tujuan kita mengambil langkah seperti di atas bukanlah bermakna kita lemah, kita kalah... tetapi untuk tidak menyerabutkan diri kita sendiri dan juga mengekalkan aura positif dalam diri. Dengan tindakan ini juga, si panas baran akan lebih menghormati kita dan hubungan akan menjadi lebih harmoni. Kita tak rugi apepun, hati tak sakit, air liur tak keluar banyak dan yang penting hubungan tidak terjejas... itu sahaja yang dapat dikongsikan setakat ini...

Friday 21 August 2015

Anak Generasi Z

Bila orang sebut Gen X, Gen Y, dan Gen Z... Aku sendiri pon tak berapa nak paham apakah berbezaannya.. yang aku tahu cara kehidupan yang jauh berbeza dari kecil sampai ke dewasa. So bila di kaji-kaji berikut adalah perbezaan umur bagi generasi-generasi tersebut (Ambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia):

* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%

* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%

* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%

* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%

* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

Aku just nak share tentang Generasi Z iaitu generasi anak aku... mengikut kajian, Gen Z mempunyai ciri-ciri perilaku yang berbeza di mana mereka cepat memahami teknologi, mudah untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling tanpa rasa takut dan boleh melalukan aktiviti secara multitasking. Hebat!!! yang paling ketara adalah memahami teknologi dengan mengadap gadget . Bayangkan baby berumur 1 tahun dah pandai guna smartphone... dah pandai cari Youtube nak tengok kartun dan pandai slide phone...sungguh mengagumkan. Asalnya tak nak bagi, tapi hanya dengan cara tu je la nak kasi anak duduk diam di majlis-majlis... ni nak share gambar anak-anak new generation. Kakak mia dengan tab, adik haris dengan tab mama, baby jufri dengan phone ibu...



Tapi aku tak kerap bagi anak main tab, sehari sekali je... haris pon cepat jemu, dia lebih suka menyepahkan rumah dan membuli baby jufri.. Ohh anakku, moga jadi anak yang soleh ye....thats all for today!!!

Wednesday 29 July 2015

Ketenangan Terasa....

Alhamdulillah syukur...akhirnya berjaya aku tempuhi rintangan, cabaran dan kesulitan dalam menghabiskan 2 tahun sebagai student tua....haha.. kesabaran yang amat tinggi sangat diperlukan disaat anda menjadi robot hidup... robot hidup tu campuran berbagai tugas yg perlu digalas dalam masa yang sama...

Tapi aku tak mungkin berjaya tanpa bantuan dari orang yang terdekat.. suami dan mama lah orang yang sangat memberi sokongan dan banyak membantu menguruskan hal2 lain disaat aku tengah kelam kabut menyiapkan assignment, exam dan class untuk setiap minggu.. jasa dan pengorbanan mereka sukar untuk dibalas. mama akan tggu aku buat assignment sampai 1, 2 pagi lepas dah bagi anak tidur, abang plak akan tolong nguruskan anak, rumah for every weekend selama 2 thun ni dan akan selalu remind untuk siapkan assignment.... siap tak bagi tidur selagi x siapkan kerja...hahaha...

Jutaan terima kasih abg, mama, keluarga dan rakan2 yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan. kini ketenangan sangat dirasai... dah boleh tidur awal, bawa anak jalan hujung minggu, masak kat umah....alhamdulillah...

Thursday 5 March 2015

Stresssss!!

Apa yang menyebabkan anda stress? banyak sangat faktor yang boleh membuatkan seseorang menjadi stress...dan stress yang terlampau akan mengakibatkan kemurungan, hypertension, hilang kawalan diri and last akan jadi mental disorder..

So sekarang aku mungkin di fasa stress yang melampau.. akibat daripda waktu kerja yang panjang, waktu bersama anak yang sgt limited, assignment yang makin tak siap, dan beberapa perkara yang aku tak sempat nak buat dah...and now is the time to find the solution... aku tak nak jadi gila.. tolonglah.. Dulu cara aku nak hilangkan stress adalah dengan berborak dengan kawan2 yang suka buat lawak, pergi shopping sorang2, bersukan dan duk rumah jaga anak... sekarang satu pon aku x boleh nak buat!!!

so i need to find the solution..... kalau cari kat motivasi ini adalah perkara2 yang boleh dilakukan:

1.   Sentiasa berbincang dengan orang tersayang
2.   Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros n con
3.   Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
4.   Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab
5.   Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang

ataupun buat terapi diri.... banyakkan membaca Al-quran, berzikir dan perkara2 yang dapat melembutkan hati dan merendahkan diri pada Yang Maha Esa..

Semoga aku mampu menghadapi kehidupan ini dengan redha dan dapat menenangkan jiwa yang semakin huru hara ini...insyaallah...