Monday, 24 October 2016

Woman Military in Peacekeeping Area

Assalamualaikum and Good Morning Ladies and Gentleman

Today I just want to share about the roles as woman military in peacekeeping area. 

Some people think that woman in military just only needed to do the office work or support party for the military organizations. But actually, the woman in military plays big roles in critical zone such as war area and peace operation area.

Summer Camp Activity

Why the woman is needed in “that” area?

They can contribute to achieving sustainable peace and the improved wellbeing of women and girls in conflict-affected regions. The woman or children in “that” area feel more comfortable liaising and sharing information with female soldier rather than the man. 

The feeling, the behavior, the acting of the female soldier makes the population feels free and easy to share their experiences and feeling.

Drawing activity for the kids

Female soldiers can give better views and bring additional perspective in planning operations and in making key decisions, especially those affecting civilians, particularly women and girls. Some unique tactical skills female military bring to this field include screening of female civilians and conducting of house searches in areas where it is not culturally appropriate for men to enter private spaces.

Besides, the female soldier can provide treatment to those in need. Femininity as a woman will make the patient feel comfort and facilitating two way communications between the doctor and the patient.

Medical Assistant 

The activities that been conduct by the peacekeeper actually to give them some hope and happiness in their life. After gone through the nighmare at their own country and after losing their family and love one, at least there are still have people that can give them hopes. As a Malaysian, we have to appreciate and thankful to Allah swt because our country still been protected and we still can enjoy our life. That's all for now....mISS u Lebanon....

Saturday, 8 October 2016

Percutian ke Pulau Perhentian Kecil

View dari Kincir Angin P.Perhentian kecil

Entri kali ni berkaitan percutian ke Pulau Perhentian. Ada dua rupanya...satu perhentian kecil satu perhentian besar.. Baru ku tahu. 3 hari sebelum pergi baru terhegeh2 cari hotel kat perhentian kecil..memang x dapat la. Semua travel agen kata penuh.. at last guna agoda, nasib ada tapi semalam RM480 di Tropicana Inn. Kenapa pilih perhentian kecil ek? Perhentian kecil ni yang ramai pelancong rupanya... happening siang dan malam. Kalau perhentian besar ni more to sapa nak privacy. Apa aktiviti kat sana?

1. Snorkeling - hanya RM70 seorang untuk 5 tempat snorkeling ( shark point, turtle point, coral, romantic beach dan rumah api) dan kg nelayan untuk makan tghari.

2. Diving - bersama instructor bg yg x da lesen RM 200 ada RM 80 ada..so kene pandai recce tempat.

3.  Hiking sampai kincir angin - kincir angin yg terbiar kat pulau ni. Jauh gak nak sampai atas tapi view dr atas memg cantik.

4. Pertunjukan orang api - ada orang main api kat long beach setiap malam.


5.  Jalan di kg nelayan - naik bot teksi drpd perhentian kecil sampai ke kg nelayan RM 2.. kat ni view mcm kampung biasa..

Bab makan tak yah risau..bersepah kedai makan tepi pantai... cuma mahal la sikit dari kedai kat rumah kita ni. Pastu nak ingatkan.. jgn lupa beli bekas plastik simpan phone. Boleh guna phone tu ambil gambar dlm air.. nk sewa mahal RM200 tak silap.

Cth plastik utk phone

View di Coral Beach

So itu saja yang dapat dikongsikan. Moga dapat membantu k.. adiossss..   





Wednesday, 28 September 2016

Stalker

Assalamualaikum dan selamat malam semua... kalini aku nak cerita pasal stalker.. apa tu stalker ek? Kalu ikut kamus stalker adalah pengikut, pengejar, pembuntut. Sejak2 aku ada blog, aku baru tahu stalker ni ada pelbagai jenis...


1.  Stalker jenis saja suka nak tengok perkembangan semasa org yg diikuti tanpa ada perasaan nak marah atau hasad dengki. Cthnya cerita2 artis, blog kecantikan, kesihatan... dll

2. Stalker jenis selak semua jenis media sosial org yg diikuti sebab sakit hati dan cuba untuk menghuru harakan org tersebut. Cthnya isteri/suami kepada ex, musuh lama, pesaing...dll

3.  Stalker jenis Mengikuti perkembangan bekas kekasih ke, bekas wife/hb ke dan rasa happy bila ex ni move on with their life. Cthnya semua jenis bekas......hehehe

4.  Stalker jenis mengorek segala maklumat seseorang yang diikuti dan menghebohkan pada orang2 lain. Cthnya politician, artis, orang2 yg berpengaruh..

5.  Stalker jenis yang nak jadikan orang yang diikuti sebagai pemangkin atau idola. So apa je yang orang diikuti tu lakukan, die pon nak buat.   Cthnya orang yang berjaya, orang pandai masak ke... dll

Ada bagus dan ada buruk bila kita ada media sosial ni. Ada yang akan memberi sokongan dan ada yang akan menghina bila sesuatu perkara kita share. Nak puaskan hati semua orang? Tak mungkin sebab kita manusia biasa. So, to all stalker...pilih lah jenis stalker mana yang korang nak... jgn la jadi yang no 2 tu ye, cuba menghuru harakan orang lain. Tak elok... ok good nite ollss...


Wednesday, 29 June 2016

Rawatan Sonotron

Assalamualaikum dan salam mesra...

Pernah dengar tak rawatan sonotron? Aku pon tak pernah dengar sehingga lah ada rakan yang share masa bb 5 bulan kene batuk sesema yang teruk. Ni rawatan sonotron yang aku ambil dari Portal Kementerian Kesihatan:

"Sonotron acts by means of Corona Discharge Beam that is produced when a low frequency radio
wave is applied to an electrode situated inside a hand-held applicator. The device does not touch
the skin during treatment"

Rawatan pada bb mika and abang haris

Rawatan ni hanya dilaksanakan dalam 15 ke 20 minit sahaja tapi punya lah ramai yang datang. Aku call Pusat Rawatan Sonotron Tawakal Bangi untuk buat appointment. Jam 11.30 malam baru free x da orang..tu hari kerja tu..hari weekend penuh manjang. Harga hanya RM30 untuk kanak2.

Kaedahnya dia akan halakan benda yg mcm hair dryer tu pada dada, hidung dan mulut tanpa ada sebarang rasa panas. Bunyi jer bising. After 3 hari treatment ni, baru nmpak kesan pada bb mika. Bb tak seseme dan batuk bunyi kahak pon da kurang sgt. Alhamdulillah......







Monday, 18 April 2016

ReaKSi JumPa KeKaSih LamA!!!

Entri santai petang orang kata... haha apakah reaksi anda bila terjumpa kekasih lama?

a. Buat tak nampak 
b. Senyum je lah
c. Bertegur sapa seolah-olah tak da pape pon berlaku
d. Menjegehkan mata tanda marah
e. Tak tegur, tapi lepas tu wasup or text
f. ......jawapan yang lain2..........

Pernah ke korang terserempak or bertentang mata dengan ex? hahaha kalau pernah mesti salah satu reaksi di atas pernah korang buat kan... Ada yang masih berkawan dan ada terus melupakan. Yang masih berkawan kalau terserempak beribu kali pon tak da masalah, tapi yang terus melupakan tu bila jumpa kembali menimbulkan rasa gementar tiba-tiba atau luka lama berdarah kembali. 

Apa pun reaksi korang mesti ingat satu perkara, bagi yang dah berumah tangga, bukan dah jodoh... tapi kalu yang belum tu, mungkin masih ada peluang kan... 


#JANGANKECAMSAYA
#PEACEYOOO
#JANGANPOYO!!!


Tuesday, 15 March 2016

Merajuk VS Tawar Hati

Kali ni entri berkaitan perbezaan antara Merajuk dan Tawar Hati..

Kita akan merajuk apabila perasaan kita yang tengah tenang terganggu sedikit contohnya bila tak dapat barang yang kita nak, bila kena marah dan banyak lagi contoh rutin yg biasa kita akan lalui. Tapi merajuk akan lega apabila dipujuk, dibelai, dan dimanja... tandanya itu masih ada perasaan sayang dan cinta. alaa mcm anak2 kita la, kita marah la mcm mana pon, dia akan datang balik kat kita kan.

Lain pula dengan tawar hati, jarang kita akan tawar hati kerana tawar hati ni bermakna jiwa kita telah terusik dengan ada nya perasaan sakit hati yang teramat sehingga sukar untuk mengubatinya. Selalunya seseorang akan tawar hati bila kesabarannya telah diduga dengan kuat sehingga dia akan membawa diri. Tiada lg perasaan sayang mahupun cinta dalam dirinya. Contohnya pasangan selalu buat hal, hati makin sakit dan terus disakiti sehinggakan hati menjadi tawar untuk teruskan hubungan tu.. tiada lg perasaan sayang atau cinta untuknya... bersendiri lebih baik.

Rajuk yang lama akan menjadikan hati seseorang menjadi tawar. so kena la berhati2, kalau masih sayang pujuklah pasangan kita kerana jika tidak dipujuk kita akan hilang dia suatu hari nant..


Wednesday, 27 January 2016

Al-Islam Specialist Hospital Pilihan untuk Bersalin

Assalamualaikum wbt dan Salam Kemesraan dariku,

Kali ni aku nak share berkenaan Al-Islam Specialist Hospital untuk pilihan bersalin bagi ibu-ibu yang mengandung di luar sana. Hospital Pakar Al Islam merupakan hospital yang sangat sesuai dan selesa kalau kita nak bersalin kat situ. Kenapa aku kata sesuai? Ini adalah kelebihan yang aku dah rasai sepanjang mengandung dan bersalin di situ:

1.  Doktor yang check ibu mengandung hanya doktor perempuan yang sangat peramah dan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Doktor aku Dr Norlida... Sangat sempoiii!! 

2.  Nurse di hospital juga tidak sombong, senang untuk kita berkomunikasi dan minta tolong. Bagi aku, saat dalam labour room (LR) adalah saat dimana kita perlukan sokongan dan belaian dari orang sekeliling. Ye la, tengah tahan sakit kot... kalau sejam dua tak pa juga, ni sakit sampai 5, 6 jam... di Hospital ni, nurse akan sentiasa bagi kata2 sokongan dan layan kita yang tengah sakit ni. Siap bagi sorakan masa nak push baby... huhu thanks to all of u..

3.  Bacaan ayat-ayat Al-Quran sentiasa kedengaran sampai kita dalam labour room. Surah Yasin dan Panduan Ibadah bagi Pesakit pon ada diberikan untuk kita baca sementara tunggu masa nak masuk LR. Boleh dikatakan semua nurse yang jaga aku ingatkan untuk  jama'kan solat sebab doktor dah target aku bersalin bila dan mungkin akan terlepas waktu solat. Sejuk je rasa jiwa ni..

4.  Bayaran yang tidak terlalu mahal berbanding buat check up atau bersalin di hospital private yang lain. Sekali check up seratus lebih. Bersalin normal hanya 2k lebih untuk bilik seorang bagi 2 hari 1 malam tertakluk pada terma dan syarat. Sangat berpatutan!!! Siap dapat gift lg dari hospital.

5.  Sijil Footprint baby pon kita akan dapat seperti gambar yang aku share ni... Ada cop jari ayah dan ibu serta cop tapak kaki baby... comel jer.


Setiap kelebihan ada kelemahan. Yang penting kelebihan yang ada di hospital ni dapat mengatasi kelemahannya seperti waktu menunggu untuk check up. Walaupun dah diberi waktu appointment tapi tetap kene menunggu dalam sejam lebih sebab orang ramai. Tapi environment hospital yang selesa buatkan kita tidak terlalu memikirkan kelemahan tu. Hospital ni pun tak besar macam hospitan KPJ dan Wad untuk 4 orang agak sempit. Tapi kat wad kita nak rehat jer.. so sempit skit takpe kot. Ada duit lebih minta wad untuk seorang, memang best dan selesa. So ni alamat dan no tel hospital untuk rujukan: 

No.85, Jalan Raja Abdullah, Kg.Baru 50300 Kuala Lumpur
Tel. No : 03-2693 1007

Sebelum u olls buat pilihan untuk bersalin kat mana, buat la research sket k. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya.  InsyaAllah.... Sekian saja dariku untukmu...

Tuesday, 8 December 2015

Trimester Ketiga Ibu Hamil

Assalamualaikum wbt... kali ni nak cerita berkaitan posisi tidur dan kaedah kurangkan sakit pinggang semasa Trimester Ketiga bagi Ibu-Ibu Mengandung.... Masuk je Trimester Ketiga bagi ibu-ibu mengandung pasti akan merasa sakit-sakit badan. Kalau yang steady je tu, memang aku respect laa... 

Perkara yang paling mencabar bagi aku untuk trimester ketiga ni adalah susah tidur dan sakit pinggang yang teramat. Pelbagai posisi dah dicuba untuk tidur, tapi tetap terganggu... pusing kanan tak kene, pusing kiri tak kene, telentang lagi la sesak nafas. So bila tanye Encik Google, ramai yang beri cadangan tidur posisi macam ni:

1. Mengiring dengan bantal letak bawah perut dan bawah kaki atau

2. Tidur separuh duduk atau
3. Tidur dengan bantuan bantal ibu mengandung (Tak pernah tahupun ada bantal gini)


Macam best jer dapat bantal macam tu, Kalau tahu awal memang dah beli la, tapi ni duk menunggu hari je nak bersalin. So kene cuba cara pertama dan kedua tu. Moga-moga nyenyak lah tidurku. 

Next, berkaitan sakit pinggang ni. Aku perasan kalau nak kurangkan sakit pinggang ni jangan duduk terlalu lama atau jangan berdiri terlalu lama. Tapi kalau yang bekerja ni, ari-ari mengadap jem balik kerja, then mengadap  komputer sampai lupa nak bangun memang akan terasa sakit yang teramat. Dan ditambah dengan dukung anak yang 1st turun naik tangga... Pergghhh nak tercabut pinggang. Nasib la ada orang tersayang yang tolong buh minyak angin kat belakang. Cara yang aku apply untuk kurangkan sakit tu adalah:

1. Duduk dikerusi dengan tegak selari dengan bahu dan punggung, jangan sandar je kalau tak lagi sakit.
2. Kerap minum air masak waktu kerja so tak kan lupa untuk bangun berjalan pergi toilet. 
3. No more travel jauh-jauh. Kene minta maaf awal-awal kat hb dan family sebab tak dapat nak ikut kalau pergi jejalan time-time sekarang ni.
4. Kalau berdiri lama sangat, cari la tempat duduk rest sekejap.

Tapi lain orang lain dugaannya kan. Dugaan aku benda-benda ni la, so sape yang sama macam aku boleh cuba kaedah-kaedah di atas. Okey stakat ni je info yang dapat dikumpulkan harini untuk di apply pada diri sendiri dan mungkin pada diri anda. Daaa~~~

Monday, 9 November 2015

UiTM Shah Alam atau UTM Semarak?

Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Entri kali ni berkaitan pemilihan U bagi part time student. Memandangkan ramai yang minta pandangan berkaitan pemilihan Universiti bagi part time student yang nak ambik program Master, so aku share la sikit kat sini berdasarkan pengalaman yang tak seberapa as UiTM Shah Alam student dan pengalaman sahabat-sahabat yang blajar di UTM Semarak.

UiTM Shah Alam

UTM Jalan Semarak

1.  Perkara pertama, tanya diri sendiri apa faktor yang paling penting dalam pemilihan universiti yang korang nak. Setiap orang mempunyai faktor pemilihan yang berbeza. Contohnya budget, course yang korang minat, jarak dari rumah dan banyak lagi.

2.  Kemudian, perkara paling penting adalah timetable class. Ada course yang kelas selepas waktu kerja dan ada yang buat weekend. Contoh situasi, kalau tempat kerja di Padang Tembak, class jam 6 petang hari kerja di Shah Alam, so mampu ke nak berkejaran? so tnya diri sendiri.. kalau tak mampu, better dont...

3.  Bagi yang mendapat tajaan JPA, budget bukan masalah yang besar. Tapi bagi yang membiayai sendiri, kos yuran semester sangat penting. Yuran semester UiTM jauh lebih murah berbanding dengan UTM sebab UiTM membantu anak-anak bumiputera. Dulu aku memilih UiTM sebab nak bayar sendiri dan kelasnya hari weekend. Then masuk semester 2, alhamdulillah dapat tajaan JPA. 

4.  Kalau dari segi assignment, UiTM memang banyak kerja rumah. Rasa nak gila sebab every week ada je kene hantar assignment samada individu atau kumpulan. Time bila nak buat semua tu ek? pandai-pandai korang..nak seribu daya k. UTM banyak group assignment, so aku tengok dan interview member2 aku yang blaja di UTM, dorang tak begitu stress untuk menyiapkan assignment dorang. 

5.  Jarak pun penting. Maknanya kalau jauh tempat belajar, korang akan banyak kali minta cuti.... Contoh haritu masa nak siapkan final project, terpaksa ambik cuti 3, 4 kali sebulan sebab UiTM jauh dengan tempat kerja n rumah aku. Supervisor plak free time hari kerja je, so macam mana nak buat? terpaksalah ambil cuti. Kalau UTM Semarak ni, boleh la lari-lari kejap kan.

Itu je yang mampu aku nak kongsi. Diharapkan entri kali ni dapat membantu korang k. Kalau nak info yang lebih, buat la research sket kat internet. Good Luck untuk korang yang sedang dan akan memulakan zaman belajar semula. Best tau!!!... USAHA, BERKORBAN, DOA, TAWAKAL...Insyaallah berjaya k...daaaaa


Tuesday, 22 September 2015

Mencintai Tak Semestinya Memiliki

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa...

Pernah tak dengar ungkapan "Mencintai Tak Semestinya Memiliki"??? Atau anda juga pernah melalui situasi seperti itu. Kepada yang pernah melalui situasi ini akan lebih memahami ungkapan tersebut. Coretan ini hanya sekadar pendapat dan perkongsian.



Adik-adik, kakak-kakak, acik-acik... masa bercinta kita akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pasangan kan... kalau keluar dating minyak wangi nah sebotol, pastu gelak pun sopan santun, nak marah ke nak merajuk ke pk lah banyak kali...takut kene tinggal. kita akan cuba dapatkan kepercayaan, kesetiaan dan perhatian si pasangan sehingga kita tunduk pada pasangan kita dan sampai satu tahap kita tidak menghiraukan nasihat orang lain... 

Tahukah anda, kita sebenarnya sedang menghancurkan hati dan perasaan kita sendiri semasa kita sedang asyik mengagungkan pasangan kita??? kita terlalu yakin bahawa kita akan memilikinya sepanjang hidup...walhal kita lupa siapa kita sebenarnya. Kita hanya makhluk kerdil pinjaman Allah swt di muka bumi ini...


Tidak salah bercinta kerana perasaan cinta tidak boleh dijual beli.. ianya lahir sendiri dan kadangkala perasaan itu tidak akan hilang walaupun kita tidak bersama insan tersebut. Tetapi ingat, jangan terlalu ikut perasaan, kawallah diri selagi kita mampu mengawal, rasional kan diri selagi kita mampu berfikir dan terimalah siapa sahaja jodoh yang telah ditakdirkan untuk kita.  Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui. Usah sesekali menyalahkan takdir atau sesiapa sekiranya cinta itu bukan milik kita..

Hahahaha.. dah macam doktor cinta plak yer... as i said ini sekadar coretan. Untuk sesiapa yang tak pernah dilukai, tak payah la nak rasa...memang perit tetapi perasaan macam ni lah yang menjadikan seseorang tu lebih matang. Orait...Adiossss!!!!!!

Tuesday, 25 August 2015

Tips Berhadapan Dengan Si Panas Baran

Entri kali ni berkaitan dengan tips untuk berhadapan dengan si panas baran. Pernah tak anda mempunyai sahabat atau majikan atau pasangan atau sesiapa yang sentiasa menimbulkan suasana yang tidak nyaman dengan sikap panas barannya?!? Mesti ada kan...saya juga pernah berhadapan dengan si panas baran. Kalau bercakap, dia je betul, kalau kita tegur sikit mula nak melenting... tapi mereka ni insan biasa, ada juga kelebihan disebalik barannya....

Jadi bagaimana untuk berhadapan dengan insan seperti ni.. jom lihat tips dibawah:

a.  Beri perhatian dengan kata2 mereka dan jika tidak setuju jangan terus dicantas. tunggu keadaan lain yang lebih tenang, barulah pandangan kita disuarakan.. boleh je nak terus bg pendapat, tp suasana akan bertukar jadi tidak harmoni...

b.  Tegurlah kesilapan mereka dengan kata2 manis dahulu..tak rugi apa pun kan..then barulah menasihati mereka dengan lembut. Jangan paksa untuk mereka terima nasihat kita tetapi biarkan mereka sendiri yang menilai teguran yang telah diberikan,

c.  Apabila keadaan telah menjadi tegang, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan malah tenangkan dengan mengiakan apa yang dikata walaupun hakikat dalam hati kita membara sama dengan barannya.

d.  Selain mengiakan, anda juga boleh mengambil tindakan berdiam diri dan selesai perbualan terus beredar meninggalkan mereka si panas baran. Beredar bukan bererti kita tidak menghormatinya, tetapi untuk mengelakkan kita berjangkit menjadi panas seperti mereka.

e.  Berikan mereka waktu bertenang..maybe sejam, sehari, atau seminggu.. kemudian barulah kita nyatakan pendapat yang mungkin bertentangan dengan mereka.

Tujuan kita mengambil langkah seperti di atas bukanlah bermakna kita lemah, kita kalah... tetapi untuk tidak menyerabutkan diri kita sendiri dan juga mengekalkan aura positif dalam diri. Dengan tindakan ini juga, si panas baran akan lebih menghormati kita dan hubungan akan menjadi lebih harmoni. Kita tak rugi apepun, hati tak sakit, air liur tak keluar banyak dan yang penting hubungan tidak terjejas... itu sahaja yang dapat dikongsikan setakat ini...

Friday, 21 August 2015

Anak Generasi Z

Bila orang sebut Gen X, Gen Y, dan Gen Z... Aku sendiri pon tak berapa nak paham apakah berbezaannya.. yang aku tahu cara kehidupan yang jauh berbeza dari kecil sampai ke dewasa. So bila di kaji-kaji berikut adalah perbezaan umur bagi generasi-generasi tersebut (Ambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia):

* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%

* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%

* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%

* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%

* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

Aku just nak share tentang Generasi Z iaitu generasi anak aku... mengikut kajian, Gen Z mempunyai ciri-ciri perilaku yang berbeza di mana mereka cepat memahami teknologi, mudah untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling tanpa rasa takut dan boleh melalukan aktiviti secara multitasking. Hebat!!! yang paling ketara adalah memahami teknologi dengan mengadap gadget . Bayangkan baby berumur 1 tahun dah pandai guna smartphone... dah pandai cari Youtube nak tengok kartun dan pandai slide phone...sungguh mengagumkan. Asalnya tak nak bagi, tapi hanya dengan cara tu je la nak kasi anak duduk diam di majlis-majlis... ni nak share gambar anak-anak new generation. Kakak mia dengan tab, adik haris dengan tab mama, baby jufri dengan phone ibu...



Tapi aku tak kerap bagi anak main tab, sehari sekali je... haris pon cepat jemu, dia lebih suka menyepahkan rumah dan membuli baby jufri.. Ohh anakku, moga jadi anak yang soleh ye....thats all for today!!!

Wednesday, 29 July 2015

Ketenangan Terasa....

Alhamdulillah syukur...akhirnya berjaya aku tempuhi rintangan, cabaran dan kesulitan dalam menghabiskan 2 tahun sebagai student tua....haha.. kesabaran yang amat tinggi sangat diperlukan disaat anda menjadi robot hidup... robot hidup tu campuran berbagai tugas yg perlu digalas dalam masa yang sama...

Tapi aku tak mungkin berjaya tanpa bantuan dari orang yang terdekat.. suami dan mama lah orang yang sangat memberi sokongan dan banyak membantu menguruskan hal2 lain disaat aku tengah kelam kabut menyiapkan assignment, exam dan class untuk setiap minggu.. jasa dan pengorbanan mereka sukar untuk dibalas. mama akan tggu aku buat assignment sampai 1, 2 pagi lepas dah bagi anak tidur, abang plak akan tolong nguruskan anak, rumah for every weekend selama 2 thun ni dan akan selalu remind untuk siapkan assignment.... siap tak bagi tidur selagi x siapkan kerja...hahaha...

Jutaan terima kasih abg, mama, keluarga dan rakan2 yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan. kini ketenangan sangat dirasai... dah boleh tidur awal, bawa anak jalan hujung minggu, masak kat umah....alhamdulillah...

Thursday, 5 March 2015

Stresssss!!

Apa yang menyebabkan anda stress? banyak sangat faktor yang boleh membuatkan seseorang menjadi stress...dan stress yang terlampau akan mengakibatkan kemurungan, hypertension, hilang kawalan diri and last akan jadi mental disorder..

So sekarang aku mungkin di fasa stress yang melampau.. akibat daripda waktu kerja yang panjang, waktu bersama anak yang sgt limited, assignment yang makin tak siap, dan beberapa perkara yang aku tak sempat nak buat dah...and now is the time to find the solution... aku tak nak jadi gila.. tolonglah.. Dulu cara aku nak hilangkan stress adalah dengan berborak dengan kawan2 yang suka buat lawak, pergi shopping sorang2, bersukan dan duk rumah jaga anak... sekarang satu pon aku x boleh nak buat!!!

so i need to find the solution..... kalau cari kat motivasi ini adalah perkara2 yang boleh dilakukan:

1.   Sentiasa berbincang dengan orang tersayang
2.   Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros n con
3.   Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
4.   Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab
5.   Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang

ataupun buat terapi diri.... banyakkan membaca Al-quran, berzikir dan perkara2 yang dapat melembutkan hati dan merendahkan diri pada Yang Maha Esa..

Semoga aku mampu menghadapi kehidupan ini dengan redha dan dapat menenangkan jiwa yang semakin huru hara ini...insyaallah...


Monday, 29 December 2014

Lobster di Restoran Sri Ayutthaya

Minat makan lobster tak?

Kalau minat boleh try kat Restoran Sri Ayutthaya, Wangsa Maju... Restoran ni bertemakan masakan THAI.. so datang je kat depan restoran ni ada penyambut tetamu yang berpakaian ala thai dan semua pelayan pon pakai baju ala ala orang thai... jejak je dalam restoran ni memang kelihatan exclusive dan selesa macam gambar kat bawah ni... tapi bila tengok menu and harga, boleh laa nak makan sekali sekala...murah sket dari victoria station dan makanan yang lebih variety....



Selain masakan thai, restoran ni juga ada jual makanan western dan ala carte.. tapi special dishes untuk restoran ni memang lobster. Perlbagai jenis masakan boleh dibuat dengan lobster ni. So jenis masakan yang aku pilih adalah lobster cheese... wallaweeiii!!! Sedap... tapi anak aku tak minat dan lobster tu tak dihabiskan sepenuhnya sebab dah kenyang tahap tak boleh nak masuk dah makanan... Apabila dikaji.... silapnya aku order nasi dan lauk lain sebelum menjamu lobster tu. That's why la rugi tak dapat nak habiskan. Meh tengok gambar2 makanan yang aku ambik...

Air Fruit Punch..memang terbaikkkk...!!!

Ni ada lauk kerabu seafood, ayam goreng ala thai dan asparagus ikan masin..

Yang ini model lobster...hehe.....

So sesiapa yang berminat boleh try restoran ni... Sedap dan layanan terbaik dari pelayan kat situ..

Sunday, 21 December 2014

Berakhir Sudah Semester 3... Feeling Wonderful!!!!!


Alhamdulillah...

Setelah penat berperah otak, menguruskan masa yang agak tunggang langgang, dan melalui saat2 getir dalam kehidupan akhirnya tamat sudah Semester 3... aku berjaya habiskan sem ni pun disebabkan sokongan daripada hb yang tolong menguruskan rumah tangga semasa class, sokongan mama yang teman buat esemen malam-malam buta dan sokongan KAWAN-KAWAN UITM yang sangat membantu untuk menguruskan hal2 belajar ni... korang memang terbaik!!! ni la kawan2 aku...

Time makan pon bercerita pasal esemen... hahaha 

Lecturer yang paling cute dan sempoi untuk sem ni... lov u la Dr AfdalLyna

Tapi ni baru sem 3... ada satu sem lagi nak abeskan belajar.. insyaallah.. bila belajar ni otak sangat berfungsi dengan baik sebab setiap detik ada jer perkara yang akan disusun untuk diselesaikan. kalau schedule lari, tu yang hidup jadi kelam kabut sebb dah drag banyak benda. So lesson learn untuk next sem jangan mengada nak drag kerja2 yang berkaitan. 

To all my friends, good luck for next sem.. dan semoga result kita untuk sem ni lulus dengan cemerlang k...

Be together, crash our mind together and convo together!!!





Wednesday, 12 November 2014

Feeling @#$/^&*

Aku da cuba bersabar dan aku yakin dugaan yang datang bertubi2 ni ada hikmah disebaliknya. Tonight i really feel down, dissapointed and frustrated...  what should i do???  I try to solve it in a right way, tapi tak berhasil...

 what u want me to do?...

i have no one to share with and i know only Allah swt can help me... Ya Allah swt, terangkan perkara yang gelap, jelaskan perkara yang samar dan nyatakanlah perkara sebenar agar aku lebih tabah untuk mengharungi cabaran dan dugaanmu...Thanks Allah because give me a very strong instint that maybe other people wont get it...

Andai ini takdirku, aku terima....

Friday, 31 October 2014

Ikan Patin Tempoyak di Kuala Lumpur

Pernah dengar tak Restoran Samudra Exotic di Kg Baru?


Haaaa...ada yang pernah dengar dan ada yang tak... tempoyak ikan patin adalah masakan utama di restoran tu. Bos restoran tu adalah anak jati Pahang dan kawan kepada my hb.... tukang masak pula kakak kepada bos berkenaan. Masakannya memang sedap dan selain ikan patin, restoran ini juga menjual udang galah dan ikan-ikan sungai yang lain seperti baung, kerai, gerahak, talapia dan macam-macam lagi. Suasana restoran sangat selesa di mana ianya ber air-cond dan bersih seperti gambar di bawah:


Harga... pada pendapat saya harga makanan di kedai ini bersesuaian dengan suasana restoran tu yang agak exclusive. Bagi yang bajet bab-bab makan ni, tengok harga pada menu dahulu sebelum buat tempahan. Macam saya, minat makan ikan patin buah...so memang harga akan lebih tinggi dari ikan lain. Kalau ada yang nak buat makan-makan syarikat ke, jamuan ke pon boleh sebab restoran ni ada bilik-bilik khas untuk jamuan. Ni alamat restoran berkenaan:

61, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-2693 4526

Kalau tak sesuai dengan selera anda, boleh jalan-jalan cari makan di kedai lain...Selamat Mencuba!!


Thursday, 30 October 2014

Memujuk Hati

Allah swt Maha Agong, Maha Besar dan Maha Berkuasa



Hati seseorang amat mudah untuk dilukai...tetapi bagaimana untuk mengubati luka yang kita sendiri tak nampak dgn mata kasar.. ???

Tips untuk memujuk atau bahasa lain nya meredakan kesakitan itu adalah dengan bersujud pada yang Maha Esa mohon agar diberi ketenangan dan kekuatan untuk kita hamba yang lemah ini memaafkan orang yang telah menyakiti kita. Setiap manusia melakukan kesilapan...dan ingat kita juga ada kelemahan yang kita tidak sedari.

Betul kata orang bukan senang untuk mengubati hati yang tercalar... walaupun telah memaafkan, lukanya pasti ada. Luka itu lah yang Allah swt berikan untuk hambanya menjadi lebih kuat dan sabar dalam ape jua kesulitan yang dihadapi. Biarkan saja luka itu, teruskan kehidupan seperti biasa walaupun kadangkala peristiwa yang menyakitkan hati kita akan menghantui kita...


Back to basic....ingat Allah swt....insyaallah hati kita akan kembali tenang. Tempat mengadu sebenarnya bukan kepada kekasih, kawan atau sesiapa..tetapi tempat mengadu adalah kepada Allah swt..



Thursday, 18 September 2014

Percutian ke Abu Dhabi

Meh aku nk cerita sedikit perjalanan atau percutian ke Abu Dhabi, mana tau boleh bantu u olls serba sedikit sebelum berangkat ke sana.

Abu Dhabi sebuah negeri yang sangat maju, bangunan yang unik, bersih dan indah serta merupakan ibu kota di Uni Emirat Arab... yang dapat aku perhatikan adalah penduduk tempatan adalah kaum yang minoriti berbanding pendatang. So, jangan terkejut kalau sampai di sana semua pekerja dari tukang angkat beg kat airport, pemandu teksi, peniaga di kedai-kedai, yang jalan-jalan adalah berbangsa selain dari arab. Kebanyakannya daripada Bangladesh, India, Filipina dan Nepal. Orang tempatan majoriti bekerja sebagai pemerintah, penguatkuasa dan BOS-BOS.


Untuk ke Abu Dhabi boleh naik Emirates Airline yang akan transit di Dubai sebelum sampai ke Abu Dhabi. Kalau nak flight direct, naik lah Etihad Airways dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam sahaja. Kalau yang mementingkan budget, naik je Emirates sebab harga ticket flight murah sikit dan perjalanan dalam 11 jam termasuk transit.




Mata wang pula, RM ditukar kepada Dirham AED.. berapa ringgit kene check currency sekarang. Duit dia lebih kurang duit kita jer.. tak beza sangat. Yang berbeza adalah barang di sana harganya agak mahal. Contoh average harga hotel lebih kurang RM300 semalam ... nak dapat kurang daripada harga tu agak susah.

ada tempat menarik tak?

Sheikh Zayed Grand Mosque

Tempat yang harus pergi bila di sana adalah Masjid Sheikh Zayed. Masjid yang sangat menarik, besar dan penuh dengan ukiran-ukiran unik.




Ferrari World

Taman Tema Terbesar dengan keluasan 2,200,000 kaki persegi dan mempunyai 20 tempat menarik yang kesemuanya diinspirasikan daripada Ferrari dan juga menyaksikan koleksi lebih daripada 30 buah kereta klasik dan kontemporasi sepanjang zaman Ferrari.

Emirates National Auto Museum

Musium ini agak jauh daripada bandar, tetapi tak rugi kalau dapat pergi. Muzium ini mempunyai koleksi kenderaan yang unik dan rekaannya lebih besar daripada manusia. Contoh rekaan yang unik kereta macam cerita transformer tu dan kereta bentuk bulat.



This is just my opinion k,,
Kalau ada banyak duit barulah u olls plan untuk bercuti di sana kerana Abu Dhabi merupakan negeri yang mewah dan mempunyai penduduk yang kaya raya. New place, new environment, new culture.......Setakat ini sahaja penceritaan tentang percutian di Abu Dhabi.