Kali ni entri berkaitan perbezaan antara Merajuk dan Tawar Hati..
Kita akan merajuk apabila perasaan kita yang tengah tenang terganggu sedikit contohnya bila tak dapat barang yang kita nak, bila kena marah dan banyak lagi contoh rutin yg biasa kita akan lalui. Tapi merajuk akan lega apabila dipujuk, dibelai, dan dimanja... tandanya itu masih ada perasaan sayang dan cinta. alaa mcm anak2 kita la, kita marah la mcm mana pon, dia akan datang balik kat kita kan.
Lain pula dengan tawar hati, jarang kita akan tawar hati kerana tawar hati ni bermakna jiwa kita telah terusik dengan ada nya perasaan sakit hati yang teramat sehingga sukar untuk mengubatinya. Selalunya seseorang akan tawar hati bila kesabarannya telah diduga dengan kuat sehingga dia akan membawa diri. Tiada lg perasaan sayang mahupun cinta dalam dirinya. Contohnya pasangan selalu buat hal, hati makin sakit dan terus disakiti sehinggakan hati menjadi tawar untuk teruskan hubungan tu.. tiada lg perasaan sayang atau cinta untuknya... bersendiri lebih baik.
Rajuk yang lama akan menjadikan hati seseorang menjadi tawar. so kena la berhati2, kalau masih sayang pujuklah pasangan kita kerana jika tidak dipujuk kita akan hilang dia suatu hari nant..
Tuesday, 15 March 2016
Wednesday, 27 January 2016
Al-Islam Specialist Hospital Pilihan untuk Bersalin
Assalamualaikum wbt dan Salam Kemesraan dariku,
Kali ni aku nak share berkenaan Al-Islam Specialist Hospital untuk pilihan bersalin bagi ibu-ibu yang mengandung di luar sana. Hospital Pakar Al Islam merupakan hospital yang sangat sesuai dan selesa kalau kita nak bersalin kat situ. Kenapa aku kata sesuai? Ini adalah kelebihan yang aku dah rasai sepanjang mengandung dan bersalin di situ:
1. Doktor yang check ibu mengandung hanya doktor perempuan yang sangat peramah dan cuba untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Doktor aku Dr Norlida... Sangat sempoiii!!
2. Nurse di hospital juga tidak sombong, senang untuk kita berkomunikasi dan minta tolong. Bagi aku, saat dalam labour room (LR) adalah saat dimana kita perlukan sokongan dan belaian dari orang sekeliling. Ye la, tengah tahan sakit kot... kalau sejam dua tak pa juga, ni sakit sampai 5, 6 jam... di Hospital ni, nurse akan sentiasa bagi kata2 sokongan dan layan kita yang tengah sakit ni. Siap bagi sorakan masa nak push baby... huhu thanks to all of u..
3. Bacaan ayat-ayat Al-Quran sentiasa kedengaran sampai kita dalam labour room. Surah Yasin dan Panduan Ibadah bagi Pesakit pon ada diberikan untuk kita baca sementara tunggu masa nak masuk LR. Boleh dikatakan semua nurse yang jaga aku ingatkan untuk jama'kan solat sebab doktor dah target aku bersalin bila dan mungkin akan terlepas waktu solat. Sejuk je rasa jiwa ni..
4. Bayaran yang tidak terlalu mahal berbanding buat check up atau bersalin di hospital private yang lain. Sekali check up seratus lebih. Bersalin normal hanya 2k lebih untuk bilik seorang bagi 2 hari 1 malam tertakluk pada terma dan syarat. Sangat berpatutan!!! Siap dapat gift lg dari hospital.
5. Sijil Footprint baby pon kita akan dapat seperti gambar yang aku share ni... Ada cop jari ayah dan ibu serta cop tapak kaki baby... comel jer.
Setiap kelebihan ada kelemahan. Yang penting kelebihan yang ada di hospital ni dapat mengatasi kelemahannya seperti waktu menunggu untuk check up. Walaupun dah diberi waktu appointment tapi tetap kene menunggu dalam sejam lebih sebab orang ramai. Tapi environment hospital yang selesa buatkan kita tidak terlalu memikirkan kelemahan tu. Hospital ni pun tak besar macam hospitan KPJ dan Wad untuk 4 orang agak sempit. Tapi kat wad kita nak rehat jer.. so sempit skit takpe kot. Ada duit lebih minta wad untuk seorang, memang best dan selesa. So ni alamat dan no tel hospital untuk rujukan:
No.85, Jalan Raja Abdullah, Kg.Baru 50300 Kuala Lumpur
Tel. No : 03-2693 1007
Sebelum u olls buat pilihan untuk bersalin kat mana, buat la research sket k. Moga-moga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya. InsyaAllah.... Sekian saja dariku untukmu...
Tuesday, 8 December 2015
Trimester Ketiga Ibu Hamil
Assalamualaikum wbt... kali ni nak cerita berkaitan posisi tidur dan kaedah kurangkan sakit pinggang semasa Trimester Ketiga bagi Ibu-Ibu Mengandung.... Masuk je Trimester Ketiga bagi ibu-ibu mengandung pasti akan merasa sakit-sakit badan. Kalau yang steady je tu, memang aku respect laa...
Perkara yang paling mencabar bagi aku untuk trimester ketiga ni adalah susah tidur dan sakit pinggang yang teramat. Pelbagai posisi dah dicuba untuk tidur, tapi tetap terganggu... pusing kanan tak kene, pusing kiri tak kene, telentang lagi la sesak nafas. So bila tanye Encik Google, ramai yang beri cadangan tidur posisi macam ni:
1. Mengiring dengan bantal letak bawah perut dan bawah kaki atau
2. Tidur separuh duduk atau
3. Tidur dengan bantuan bantal ibu mengandung (Tak pernah tahupun ada bantal gini)
Macam best jer dapat bantal macam tu, Kalau tahu awal memang dah beli la, tapi ni duk menunggu hari je nak bersalin. So kene cuba cara pertama dan kedua tu. Moga-moga nyenyak lah tidurku.
Next, berkaitan sakit pinggang ni. Aku perasan kalau nak kurangkan sakit pinggang ni jangan duduk terlalu lama atau jangan berdiri terlalu lama. Tapi kalau yang bekerja ni, ari-ari mengadap jem balik kerja, then mengadap komputer sampai lupa nak bangun memang akan terasa sakit yang teramat. Dan ditambah dengan dukung anak yang 1st turun naik tangga... Pergghhh nak tercabut pinggang. Nasib la ada orang tersayang yang tolong buh minyak angin kat belakang. Cara yang aku apply untuk kurangkan sakit tu adalah:
1. Duduk dikerusi dengan tegak selari dengan bahu dan punggung, jangan sandar je kalau tak lagi sakit.
2. Kerap minum air masak waktu kerja so tak kan lupa untuk bangun berjalan pergi toilet.
3. No more travel jauh-jauh. Kene minta maaf awal-awal kat hb dan family sebab tak dapat nak ikut kalau pergi jejalan time-time sekarang ni.
4. Kalau berdiri lama sangat, cari la tempat duduk rest sekejap.
Tapi lain orang lain dugaannya kan. Dugaan aku benda-benda ni la, so sape yang sama macam aku boleh cuba kaedah-kaedah di atas. Okey stakat ni je info yang dapat dikumpulkan harini untuk di apply pada diri sendiri dan mungkin pada diri anda. Daaa~~~
Monday, 9 November 2015
UiTM Shah Alam atau UTM Semarak?
Assalamualaikum sahabat-sahabat,
Entri kali ni berkaitan pemilihan U bagi part time student. Memandangkan ramai yang minta pandangan berkaitan pemilihan Universiti bagi part time student yang nak ambik program Master, so aku share la sikit kat sini berdasarkan pengalaman yang tak seberapa as UiTM Shah Alam student dan pengalaman sahabat-sahabat yang blajar di UTM Semarak.
UiTM Shah Alam
UTM Jalan Semarak
1. Perkara pertama, tanya diri sendiri apa faktor yang paling penting dalam pemilihan universiti yang korang nak. Setiap orang mempunyai faktor pemilihan yang berbeza. Contohnya budget, course yang korang minat, jarak dari rumah dan banyak lagi.
2. Kemudian, perkara paling penting adalah timetable class. Ada course yang kelas selepas waktu kerja dan ada yang buat weekend. Contoh situasi, kalau tempat kerja di Padang Tembak, class jam 6 petang hari kerja di Shah Alam, so mampu ke nak berkejaran? so tnya diri sendiri.. kalau tak mampu, better dont...
3. Bagi yang mendapat tajaan JPA, budget bukan masalah yang besar. Tapi bagi yang membiayai sendiri, kos yuran semester sangat penting. Yuran semester UiTM jauh lebih murah berbanding dengan UTM sebab UiTM membantu anak-anak bumiputera. Dulu aku memilih UiTM sebab nak bayar sendiri dan kelasnya hari weekend. Then masuk semester 2, alhamdulillah dapat tajaan JPA.
4. Kalau dari segi assignment, UiTM memang banyak kerja rumah. Rasa nak gila sebab every week ada je kene hantar assignment samada individu atau kumpulan. Time bila nak buat semua tu ek? pandai-pandai korang..nak seribu daya k. UTM banyak group assignment, so aku tengok dan interview member2 aku yang blaja di UTM, dorang tak begitu stress untuk menyiapkan assignment dorang.
5. Jarak pun penting. Maknanya kalau jauh tempat belajar, korang akan banyak kali minta cuti.... Contoh haritu masa nak siapkan final project, terpaksa ambik cuti 3, 4 kali sebulan sebab UiTM jauh dengan tempat kerja n rumah aku. Supervisor plak free time hari kerja je, so macam mana nak buat? terpaksalah ambil cuti. Kalau UTM Semarak ni, boleh la lari-lari kejap kan.
Itu je yang mampu aku nak kongsi. Diharapkan entri kali ni dapat membantu korang k. Kalau nak info yang lebih, buat la research sket kat internet. Good Luck untuk korang yang sedang dan akan memulakan zaman belajar semula. Best tau!!!... USAHA, BERKORBAN, DOA, TAWAKAL...Insyaallah berjaya k...daaaaa
Tuesday, 22 September 2015
Mencintai Tak Semestinya Memiliki
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa...
Hahahaha.. dah macam doktor cinta plak yer... as i said ini sekadar coretan. Untuk sesiapa yang tak pernah dilukai, tak payah la nak rasa...memang perit tetapi perasaan macam ni lah yang menjadikan seseorang tu lebih matang. Orait...Adiossss!!!!!!
Pernah tak dengar ungkapan "Mencintai Tak Semestinya Memiliki"??? Atau anda juga pernah melalui situasi seperti itu. Kepada yang pernah melalui situasi ini akan lebih memahami ungkapan tersebut. Coretan ini hanya sekadar pendapat dan perkongsian.
Adik-adik, kakak-kakak, acik-acik... masa bercinta kita akan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk pasangan kan... kalau keluar dating minyak wangi nah sebotol, pastu gelak pun sopan santun, nak marah ke nak merajuk ke pk lah banyak kali...takut kene tinggal. kita akan cuba dapatkan kepercayaan, kesetiaan dan perhatian si pasangan sehingga kita tunduk pada pasangan kita dan sampai satu tahap kita tidak menghiraukan nasihat orang lain...
Tahukah anda, kita sebenarnya sedang menghancurkan hati dan perasaan kita sendiri semasa kita sedang asyik mengagungkan pasangan kita??? kita terlalu yakin bahawa kita akan memilikinya sepanjang hidup...walhal kita lupa siapa kita sebenarnya. Kita hanya makhluk kerdil pinjaman Allah swt di muka bumi ini...
Tidak salah bercinta kerana perasaan cinta tidak boleh dijual beli.. ianya lahir sendiri dan kadangkala perasaan itu tidak akan hilang walaupun kita tidak bersama insan tersebut. Tetapi ingat, jangan terlalu ikut perasaan, kawallah diri selagi kita mampu mengawal, rasional kan diri selagi kita mampu berfikir dan terimalah siapa sahaja jodoh yang telah ditakdirkan untuk kita. Sesungguhnya hanya Dia yang mengetahui. Usah sesekali menyalahkan takdir atau sesiapa sekiranya cinta itu bukan milik kita..
Hahahaha.. dah macam doktor cinta plak yer... as i said ini sekadar coretan. Untuk sesiapa yang tak pernah dilukai, tak payah la nak rasa...memang perit tetapi perasaan macam ni lah yang menjadikan seseorang tu lebih matang. Orait...Adiossss!!!!!!
Tuesday, 25 August 2015
Tips Berhadapan Dengan Si Panas Baran
Entri kali ni berkaitan dengan tips untuk berhadapan dengan si panas baran. Pernah tak anda mempunyai sahabat atau majikan atau pasangan atau sesiapa yang sentiasa menimbulkan suasana yang tidak nyaman dengan sikap panas barannya?!? Mesti ada kan...saya juga pernah berhadapan dengan si panas baran. Kalau bercakap, dia je betul, kalau kita tegur sikit mula nak melenting... tapi mereka ni insan biasa, ada juga kelebihan disebalik barannya....
Jadi bagaimana untuk berhadapan dengan insan seperti ni.. jom lihat tips dibawah:
a. Beri perhatian dengan kata2 mereka dan jika tidak setuju jangan terus dicantas. tunggu keadaan lain yang lebih tenang, barulah pandangan kita disuarakan.. boleh je nak terus bg pendapat, tp suasana akan bertukar jadi tidak harmoni...
b. Tegurlah kesilapan mereka dengan kata2 manis dahulu..tak rugi apa pun kan..then barulah menasihati mereka dengan lembut. Jangan paksa untuk mereka terima nasihat kita tetapi biarkan mereka sendiri yang menilai teguran yang telah diberikan,
c. Apabila keadaan telah menjadi tegang, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan malah tenangkan dengan mengiakan apa yang dikata walaupun hakikat dalam hati kita membara sama dengan barannya.
d. Selain mengiakan, anda juga boleh mengambil tindakan berdiam diri dan selesai perbualan terus beredar meninggalkan mereka si panas baran. Beredar bukan bererti kita tidak menghormatinya, tetapi untuk mengelakkan kita berjangkit menjadi panas seperti mereka.
e. Berikan mereka waktu bertenang..maybe sejam, sehari, atau seminggu.. kemudian barulah kita nyatakan pendapat yang mungkin bertentangan dengan mereka.
Tujuan kita mengambil langkah seperti di atas bukanlah bermakna kita lemah, kita kalah... tetapi untuk tidak menyerabutkan diri kita sendiri dan juga mengekalkan aura positif dalam diri. Dengan tindakan ini juga, si panas baran akan lebih menghormati kita dan hubungan akan menjadi lebih harmoni. Kita tak rugi apepun, hati tak sakit, air liur tak keluar banyak dan yang penting hubungan tidak terjejas... itu sahaja yang dapat dikongsikan setakat ini...
Jadi bagaimana untuk berhadapan dengan insan seperti ni.. jom lihat tips dibawah:
a. Beri perhatian dengan kata2 mereka dan jika tidak setuju jangan terus dicantas. tunggu keadaan lain yang lebih tenang, barulah pandangan kita disuarakan.. boleh je nak terus bg pendapat, tp suasana akan bertukar jadi tidak harmoni...
b. Tegurlah kesilapan mereka dengan kata2 manis dahulu..tak rugi apa pun kan..then barulah menasihati mereka dengan lembut. Jangan paksa untuk mereka terima nasihat kita tetapi biarkan mereka sendiri yang menilai teguran yang telah diberikan,
c. Apabila keadaan telah menjadi tegang, tidak perlu mengeruhkan lagi keadaan malah tenangkan dengan mengiakan apa yang dikata walaupun hakikat dalam hati kita membara sama dengan barannya.
d. Selain mengiakan, anda juga boleh mengambil tindakan berdiam diri dan selesai perbualan terus beredar meninggalkan mereka si panas baran. Beredar bukan bererti kita tidak menghormatinya, tetapi untuk mengelakkan kita berjangkit menjadi panas seperti mereka.
e. Berikan mereka waktu bertenang..maybe sejam, sehari, atau seminggu.. kemudian barulah kita nyatakan pendapat yang mungkin bertentangan dengan mereka.
Tujuan kita mengambil langkah seperti di atas bukanlah bermakna kita lemah, kita kalah... tetapi untuk tidak menyerabutkan diri kita sendiri dan juga mengekalkan aura positif dalam diri. Dengan tindakan ini juga, si panas baran akan lebih menghormati kita dan hubungan akan menjadi lebih harmoni. Kita tak rugi apepun, hati tak sakit, air liur tak keluar banyak dan yang penting hubungan tidak terjejas... itu sahaja yang dapat dikongsikan setakat ini...
Friday, 21 August 2015
Anak Generasi Z
Bila orang sebut Gen X, Gen Y, dan Gen Z... Aku sendiri pon tak berapa nak paham apakah berbezaannya.. yang aku tahu cara kehidupan yang jauh berbeza dari kecil sampai ke dewasa. So bila di kaji-kaji berikut adalah perbezaan umur bagi generasi-generasi tersebut (Ambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia):
* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%
* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%
Aku just nak share tentang Generasi Z iaitu generasi anak aku... mengikut kajian, Gen Z mempunyai ciri-ciri perilaku yang berbeza di mana mereka cepat memahami teknologi, mudah untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling tanpa rasa takut dan boleh melalukan aktiviti secara multitasking. Hebat!!! yang paling ketara adalah memahami teknologi dengan mengadap gadget . Bayangkan baby berumur 1 tahun dah pandai guna smartphone... dah pandai cari Youtube nak tengok kartun dan pandai slide phone...sungguh mengagumkan. Asalnya tak nak bagi, tapi hanya dengan cara tu je la nak kasi anak duduk diam di majlis-majlis... ni nak share gambar anak-anak new generation. Kakak mia dengan tab, adik haris dengan tab mama, baby jufri dengan phone ibu...
Tapi aku tak kerap bagi anak main tab, sehari sekali je... haris pon cepat jemu, dia lebih suka menyepahkan rumah dan membuli baby jufri.. Ohh anakku, moga jadi anak yang soleh ye....thats all for today!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)








