Friday 18 October 2013

NEVER REGRET!!!

Its hard to forget someone who had entered to our life before...
Even we have move on, but sometimes the memory keep playing in our mind...
Actually...Don't force yourselves to forget the past because what had happen in our past time
 is our strength to live right now.

Here, some quote that can motivate us to be a better person in our life




The third quote is most powerful word for me. I've learn from someone before how to appreciate our relationship with our parent, friends, and people around us. 
Thank you so much to the person who teaches me to be a better person right now. 
And thank you to my hubby because can accept me as what i am today.




Saturday 7 September 2013

Thanks To All

pAK PaK pONG pOng!!!!  pAK PaK pONG pOng!!!!pAK PaK pONG pOng!!!! pAK PaK pONG

Akhirnya berakhirlah zaman bujang adik bongsuku...  Tahniah!!!

Pengurus Besar
Tapi entry ini adalah ditulis khas untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluargaku yang telah banyak memerah keringat bagi menjayakan majlis perkahwinan di rumahku. Majlis berjalan lancar kerana dengan adanya barisan Pengurus Besar Majlis...Bukan senang tau nak jadi pengurus ni. Thanxs to all of you..

Dari Kiri: Auntie Idah, Mak Usu Didi, Nenek Ton, Mak Long and My Lovely Mother
The Oldest Flower Girls
Selalunya majlis kahwin, Flower Girls mesti kanak-kanak comel kan... so kali ni lain dari yang lain di mana Flower Girls terdiri daripada mak-mak budak dan ada yang betul-betul budak tapi tetap nampak meriah dan cantik. Thanks to all of you...

Ramai kan... Cantiks u all....
Rewang Sebelum Majlis
Rewang ni bukan duduk berfoya-foya ye, tapi buat kerja habis-habisan sebelum majlis bermula... kalau tak da barisan perewang ni mesti kelam kabut keluarga induk... so thank you so much to all of you...

 

so setakat ini je lah entry kali ini. semoga Allah swt sahaja yang dapat membalas jasa baik semua yang telah membantu dan memberi bantuan pada majlis perkahwinan ini. Insyaallah...

Sunday 4 August 2013

Kemaafan UntukMu dan UntukKu


Aku hanya insan biasa, tidak lekang daripada melakukan kesilapan
 pada insan lain di dunia ini....
Aku hanya hamba yang hina, sentiasa leka untuk menundukkan diri 
pada yang Maha Esa....
Kini aku merendahkan diri, memohon kemaafan 
kepadamu Ya Allah....
Dan kini aku jua ingin memohon kemaafan pada insan
 yang pernah aku sakiti dan lukai...
MAAFKAN AKU....

Pilihan terletak di tangan anda. Jika anda memilih kebahagiaan, kemaafan adalah sesuatu yang indah sebaliknya jika anda lebih suka berdendam, jiwa anda tidak  kan damai dan sentiasa sesak seolah-olah ada yang menusuk di dada.

Di dalam al-Quran, terdapat begitu banyak ayat-ayat tentang sifat yang mulia ini. Antaranya ialah:  mendapat keampunan daripada Allah SWT. “..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (An-Nuur [24] : 22)  Mendapat redha Allah SWT.

             “...sesiapa yang  memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (atas tanggungan Allah dengan diberi balasan yang  sebaikbaiknya).  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim”. (Asy-Syura [42] : 40)

           Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh (jahil atau tidak mengetahui)(Surah Al- A’raf 7: Ayat 199)

           Nabi s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia.” [HR Muslim] “Orang yang paling sabar di antara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Aku sekadar ingin berkongsi mengenai "MAAF"... selama ni pun banyak aku simpan dendam dan rasa yang dah berkurun. Rupanya aku dalam golongan yang zalim kerana tidak memaafkan insan lain walhal Allah swt menyuruh untuk memaafkan sesama insan... 

So, jangan lah kita berdendam lagi ye... Semoga kita sentiasa muhasabah diri untuk terus dekat denganNya.... Insyaallah....


Sunday 21 July 2013

Popia Nestum Yummymy..

Salam Ramadhan dari saya sekeluarga.

Entri kali ini berkenaan kuih raya. Biasalah bulan ramadhan la bulan di mana kaum ibu nak cari resepi kuih raya. Dahulu nya kawan saya penah bagi cuba Popia Nestum, dan memg saya minat nak ngunyah. So memandangkan tengah semangat nak cuba buat kuih raya tahun ni...Popia Nestum la yang menjadi pilihan.....

Ni la hasilnya selepas pertama kali mencuba...


Bagi yang tak berapa reti dalam bab - bab masakan ni, saya bagi cara paling mudah nak buat.

Bahan-bahan:

1. Kulit popia ( ada jual mana-mana pasaraya )
2. Gula ising
3. Susu tepung
4. Nestum

Cara buat:

1. Gulung kulit popia dengan straw je... then potong macam ni



2. gorengkan dengan api yang sederhana panas.
3. Bahan di no 2,3, dan 4 dikisar bersama.
4. Toskan kulit yang digoreng dan campur dengan bahan yang dikisar tadi.


5. Popia Nestum Sedia di makan. 


Just a tips: nak lekatkan kulit popia tu selepas menggulung, pakai air, atau pun telur kuning sahaja.

Selamat mencuba!!!


Saturday 13 July 2013

Ikan patin vs Anakku

Anakku berperang dengan ikan patin temerloh. Ingatkan si kecil takut, tapi rupanya siap berperang dengan babah nak kan ke ikan patin tu. Anak, anak... alhamdulillah Allah memberikan aku seorang anak yang sangat la aktif.

NAK GADUH KE WAHAI IKAN PATIN....
Mungkin ni la ayat Si kecil ni

 Cite pasal ikan patin ni, memang saya minat sebab kawan seasrama noraini mokhtar dulu yang ngaja.  Sangat sedap buat gulai tempoyak... So skrg kahwin dengan orang temerloh...emmmm yummy stiap kali balik memang itu laa lauknya,, jom saya bg resepi:

1. Ikan patin yang disiang basuh ilangkan hanyir.
2. Cili padi, kunyit hidup, tempoyak di blender skali.
3. Daun kunyit, bunga kantan potong kecil.
4. Ambil periuk, masukkan semua bahan di para 1, 2, dan 3 serentak ditambah daun kesum.
5. oppss...kalu minat letak la timun yang utk masak tu skali. ( letak asam keping kalau minat masam)
6. Jangan lupa letak garam, gula sikit, pak aji.
7. Hidupkan api, so gaul sampai sedap baunya.
8. Seterusnya...jom makan...

Inilah hasil ikan patin tempoyak yang kekurangan tempoyak..
hehe tapi memg best...



Tuesday 2 July 2013

Perkahwinan Bersama Suami Tersayang

Maybe this is my 1st entry...

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah pertemukan saya dengan seorang suami yang sangat memahami... Memahami dari segi Keluarga (Paling Penting), memahami kerjaya, memahami kerenah, dan segala memahami...

Untuk wanita di luar sana, kalau nak kahwin yang utama sekali adalah restu mama dan abah...Insyaallah bahagia. Kalau bercinta lama pun tanpa restu, kene la fikir banyak kali untuk teruskan... Last sekali buat la sembahyang istiqarah... Insyaallah dapat pentunjukNya..

Tapi walaupun restu mama dan abah, memag tidak dinafikan asam garam dalam menjalani hubungan rumah tangga mesti akan lalui.. Jadi kena lah bersabar... 2 tahun setengah perkahwinan saya, telah pun dkurniakan seorang anak ..alhamdulillah...

Semoga Allah swt sentiasa memberkati hubungan rumahtangga ku bersama suami dan anak tersayang.. Amin...

Sunday 30 June 2013

Im a new blogger....

Baru nk blajar..minta tunjuk ajar...