Sunday 21 July 2013

Popia Nestum Yummymy..

Salam Ramadhan dari saya sekeluarga.

Entri kali ini berkenaan kuih raya. Biasalah bulan ramadhan la bulan di mana kaum ibu nak cari resepi kuih raya. Dahulu nya kawan saya penah bagi cuba Popia Nestum, dan memg saya minat nak ngunyah. So memandangkan tengah semangat nak cuba buat kuih raya tahun ni...Popia Nestum la yang menjadi pilihan.....

Ni la hasilnya selepas pertama kali mencuba...


Bagi yang tak berapa reti dalam bab - bab masakan ni, saya bagi cara paling mudah nak buat.

Bahan-bahan:

1. Kulit popia ( ada jual mana-mana pasaraya )
2. Gula ising
3. Susu tepung
4. Nestum

Cara buat:

1. Gulung kulit popia dengan straw je... then potong macam ni



2. gorengkan dengan api yang sederhana panas.
3. Bahan di no 2,3, dan 4 dikisar bersama.
4. Toskan kulit yang digoreng dan campur dengan bahan yang dikisar tadi.


5. Popia Nestum Sedia di makan. 


Just a tips: nak lekatkan kulit popia tu selepas menggulung, pakai air, atau pun telur kuning sahaja.

Selamat mencuba!!!


No comments:

Post a Comment