Sunday 21 July 2013

Popia Nestum Yummymy..

Salam Ramadhan dari saya sekeluarga.

Entri kali ini berkenaan kuih raya. Biasalah bulan ramadhan la bulan di mana kaum ibu nak cari resepi kuih raya. Dahulu nya kawan saya penah bagi cuba Popia Nestum, dan memg saya minat nak ngunyah. So memandangkan tengah semangat nak cuba buat kuih raya tahun ni...Popia Nestum la yang menjadi pilihan.....

Ni la hasilnya selepas pertama kali mencuba...


Bagi yang tak berapa reti dalam bab - bab masakan ni, saya bagi cara paling mudah nak buat.

Bahan-bahan:

1. Kulit popia ( ada jual mana-mana pasaraya )
2. Gula ising
3. Susu tepung
4. Nestum

Cara buat:

1. Gulung kulit popia dengan straw je... then potong macam ni



2. gorengkan dengan api yang sederhana panas.
3. Bahan di no 2,3, dan 4 dikisar bersama.
4. Toskan kulit yang digoreng dan campur dengan bahan yang dikisar tadi.


5. Popia Nestum Sedia di makan. 


Just a tips: nak lekatkan kulit popia tu selepas menggulung, pakai air, atau pun telur kuning sahaja.

Selamat mencuba!!!


Saturday 13 July 2013

Ikan patin vs Anakku

Anakku berperang dengan ikan patin temerloh. Ingatkan si kecil takut, tapi rupanya siap berperang dengan babah nak kan ke ikan patin tu. Anak, anak... alhamdulillah Allah memberikan aku seorang anak yang sangat la aktif.

NAK GADUH KE WAHAI IKAN PATIN....
Mungkin ni la ayat Si kecil ni

 Cite pasal ikan patin ni, memang saya minat sebab kawan seasrama noraini mokhtar dulu yang ngaja.  Sangat sedap buat gulai tempoyak... So skrg kahwin dengan orang temerloh...emmmm yummy stiap kali balik memang itu laa lauknya,, jom saya bg resepi:

1. Ikan patin yang disiang basuh ilangkan hanyir.
2. Cili padi, kunyit hidup, tempoyak di blender skali.
3. Daun kunyit, bunga kantan potong kecil.
4. Ambil periuk, masukkan semua bahan di para 1, 2, dan 3 serentak ditambah daun kesum.
5. oppss...kalu minat letak la timun yang utk masak tu skali. ( letak asam keping kalau minat masam)
6. Jangan lupa letak garam, gula sikit, pak aji.
7. Hidupkan api, so gaul sampai sedap baunya.
8. Seterusnya...jom makan...

Inilah hasil ikan patin tempoyak yang kekurangan tempoyak..
hehe tapi memg best...



Tuesday 2 July 2013

Perkahwinan Bersama Suami Tersayang

Maybe this is my 1st entry...

Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana telah pertemukan saya dengan seorang suami yang sangat memahami... Memahami dari segi Keluarga (Paling Penting), memahami kerjaya, memahami kerenah, dan segala memahami...

Untuk wanita di luar sana, kalau nak kahwin yang utama sekali adalah restu mama dan abah...Insyaallah bahagia. Kalau bercinta lama pun tanpa restu, kene la fikir banyak kali untuk teruskan... Last sekali buat la sembahyang istiqarah... Insyaallah dapat pentunjukNya..

Tapi walaupun restu mama dan abah, memag tidak dinafikan asam garam dalam menjalani hubungan rumah tangga mesti akan lalui.. Jadi kena lah bersabar... 2 tahun setengah perkahwinan saya, telah pun dkurniakan seorang anak ..alhamdulillah...

Semoga Allah swt sentiasa memberkati hubungan rumahtangga ku bersama suami dan anak tersayang.. Amin...